Pages

Tuesday 2 August 2011

LAPORAN PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN DALAM KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DAERAH SEREMBAN 2 TAHUN 2011


Pada setiap tahun, Pejabat Pelajaran Daerah Seremban, Negeri Sembilan menganjurkan karnival Pertandingan Bahasa Melayu (BM) yang melibatkan sekolah-sekolah rendah zon Seremban 1 dan Seremban 2. Jawatankuasa Panitia Bahasa Malaysia SK Datuk Akhir Zaman bertanggungjawab menguruskan penglibatan peserta sekolah ini dalam karnival tersebut. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah Pertandingan Bercerita BM, Pertandingan Mengarang BM  dan Pertandingan Bahas BM.

Pada 23 Mac 2011, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Seremban 2 bagi Tahap 1 telah diadakan di SK Taman Tasik Jaya. Peserta sekolah, Nur Iwanina Izzati bt. Hj. Ruhaizard telah menyampaikan cerita yang penuh dengan unsur moral bertajuk ‘Johari Kitar Semula’. Manakala, Nur Effa Narisha bt. Amran mewakili sekolah bagi Tahap 2 telah menyampaikan cerita yang bertajuk ‘Esok Masih Ada Sinar’ di SK Dato’ Raja Melana, Rantau. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka biarpun usaha keras telah dijalankan.

Pertandingan Mengarang BM pula telah dijalankan pada 24 Mac 2011 jam 2 petang di SK Taman Tuanku Jaafar. Nur Kamalia Fadhilah bt. Ridzuan (Tahap 1) dan Siti Nurasyikin bt. Dzulkefli (Tahap 2) merupakan peserta-peserta yang mewakili SK Datuk Akhir Zaman dalam pertandingan tersebut. Kejayaan besar telah dicapai oleh Siti Nurasyikin apabila menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Biarpun tiada kemenangan buat peserta Tahap 1, penyertaan dalam pertandingan ini memberi pengalaman berharga buatnya.

Kejayaan Siti Nurasyikin dalam Pertandingan Mengarang BM Tahap 2 peringkat Seremban 2 telah melayakkannya menyertai Pertandingan Mengarang BM Pertandingan Peringkat Negeri telah dijalankan pada 25 Jun 2011 di SK Si Rusa, Port Dickson.

Seterusnya, penyertaan dua orang peserta sekolah dalam Pertandingan Puisi Karnival Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang dianjurkan bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan PPD Seremban pada 23 April 2011 yang lalu sekali lagi meraih kejayaan yang membanggakan. Nurul Syazwani bt. Mohd Fazlee telah berjaya memenangi tempat ke-2 manakala Nur Effa Narisha bt. Amran telah berjaya memenangi tempat ke-3 dalam Pertandingan Mendeklamasi Sajak yang dianjurkan. Sajak-sajak yang disampaikan adalah bertemakan buku.

Semoga pengalaman dan pencapaian yang diperoleh melalui pertandingan-pertandingan seperti ini dapat memberi kesan positif kepada murid-murid SK Datuk Akhir Zaman keseluruhannya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,                                                                                             30 APRIL 2011

Azidah Mohd Ali



(PN. AZIDAH BT. MOHD ALI)

Ketua Panitia Bahasa Malaysia,

Sk Datuk Akhir Zaman,

71200 Rantau,

Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment